Cari:
AS Kenakan Sekatan Terhadap Pegawai Syria
2017-04-25 13:09:24 CRI Cetak

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pihaknya mengenakan sekatan ke atas 271 orang pegawai Pusat Penyelidikan Sains Syria kerana terlibat dalam program pembangunan senjata kimia negara itu.

Kenyataan jabatan itu mendakwa bahawa pusat tersebut bertanggungjawab untuk membina senjata kimia untuk kerajaan Syria. Sebahagian mereka yang dikenakan sekatan kali ini telah berkhidmat selama lebih 5 tahun untuk program senjata kimia kerajaan Syria.

AS akan membeku semua harta mereka di wilayah AS serta melarang sebarang syrikat atau individu AS berhubungan dengan mereka.

Walau bagaimanapun, kerajaan Syria menolak dakwaan yang menyebut negara itu memiliki senjata kimia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China