Cari:
Rusia Tingkatkan Eksport Senjata
2017-04-26 11:43:57 CRI Cetak

Keefisienan tinggi dan kehebatan senjata buatan Rusia telah dipertunjukkan dalam tindakan antikeganasan di Syria. Rusia perlu mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran eksport senjata di dunia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam mesyuarat Jawatankuasa Industri Ketenteraan negara itu semalam.

Putin berkata, Kompleks Industri Pertahanan Rusia sedang berjalan sepenuh tenaga untuk menyelesaikan pesanan Kementerian Pertahanan untuk memenuhi permintaan dalam negeri. Pada waktu yang sama, kompleks itu juga perlu menyelesaikan pesanan senjata dari luar negara.

Jelas beliau, Rusia akan kehilangan rakan kerjasama yang berpotensi sekiranya menolak pesanan dari luar negara. Oleh itu, beliau mahu pihak-pihak yang terbabit supaya berupaya menyelesaikan pesanan menurut jadual.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China