Cari:
Korea Selatan Bantah Keras Kertas Biru Diplomatik Jepun
2017-04-26 14:25:56 CRI Cetak

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida menyerahkan Kertas Biru Diplomatik Jepun 2017 kepada kabinet semalam. Korea Selatan mengemukakan bantahan keras terhadap kandungan kertas biru itu yang melibatkan pulau Dokdo, yang disebut pulau Takeshima oleh Jepun.

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo Jepun, kertas biru itu menyebut bahawa pihak Jepun tidak boleh menerima tindakan delegasi ahli parlimen Korea Selatan menjejakkan kaki di pulau Takeshima pada tahun 2016. Kertas biru itu turut menggesa Korea Selatan agar segera melaksanakan konsensus kedua-dua negara mengenai isu hamba seks semasa Perang Dunia II kerana inilah tindakan yang bertanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Korea Selatan mengeluarkan kenyataan yang membantah keras tuntutan Jepun yang salah terhadap pulau Dokdo.

Kementerian Luar Korea Selatan memanggil Menteri di Kedutaan Besar Jepun ke Korea Selatan untuk mengeluarkan bantahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China