Cari:
China Mobile Turunkan Caj Perantauan di Negara-negara B&R
2017-04-27 13:37:12 CRI Cetak

Syarikat telekomunikasi China Mobile semalam mengumukan bahawa pihaknya akan menurunkan caj perantauan di 64 buah negara dan wilayah yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Menurut China Mobile, caj panggilan antarabangsa akan diturunkan kepada 99 sen renminbi seminit. Manakala pakej caj perantauan bagi data internet ada tiga tahap, iaitu 30 yuan, 60 yuan dan 90 yuan sehari, di 53 buah negara dan wilayah.

Naib Ketua Pengurus Jabatan Pasaran China Mobile, Bao Jianyi menyatakan bahawa penurunan caj perantauan tersebut dapat menyediakan sokongan yang lebih baik kepada syarikat-syarikat China yang melabur atau terlibat dalam projek pembangunan di negara dan wilayah yang terlibat dalam B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China