Cari:
Pemimpin Rusia, Jepun Bincang Penandatanganan Perjanjian Damai
2017-04-28 15:30:37 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Moscow semalam. Kedua-dua pemimpin telah membincangkan kerjasama ekonomi, pertukaran sosiobudaya dan penandatanganan perjanjian damai.

Setelah Perang Dunia II berakhir, Jepun menggesa Rusia memulangkan "empat pulau di Hokkaido" (yang dipanggil Kepulauan Kurile Selatan oleh Rusia), namun pihak Rusia menganggap kepulauan itu ialah wilayah Rusia. Oleh itu, kedua-dua negara itu masih belum menandatangani perjanjian damai.

Pada bulan Mei tahun 2016, Shinzo Abe telah mengemukakan cara penyelesaian yang baharu iaitu mendorong kerjasama ekonomi di samping mengadakan rundingan perjanjian damai dengan Rusia. Sejek itu, pegawai pelbagai peringkat Rusia dan Jepun telah mengadakan banyak kali perbincangan tentang keselamatan, pembangunan ekonomi, penerokaan sumber dan tenaga dan sebagainya.

Pertemuan ini ialah pertemuan pemimpin kali pertama setelah Putin melawat Jepun pada Disember tahun lalu.

Ketika menyentuh tentang situasi di Semenanjung Korea yang memburuk pada masa ini, Putin dan Abe menyeru pelbagai pihak yang terlibat perlu bersabar dan memulihkan Rundingan Enam Pihak secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China