Cari:
Ujian Terkini Peluru Berpandu DPRK Gagal
2017-04-30 14:30:18 CRI Cetak

Pihak tentera Republik Korea dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa pelancaran peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam menemui kegagalan. Peluru berpandu balistik tersebut mungkin meletup di udara dalam wilayah DPRK setelah dilancarkan.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan semalam menyatakan bahawa ujian pelancaran peluru berpandu balistik DPRK melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan merupakan ancaman serius terhadap kedamaian dan keselamatan di Semenanjung Korea bahkan masyarakat antarabangsa. Kerajaan Korea Selatan mengecam keras tindakan tersebut dan memberi amaran bahawa sekiranya kerajaan DPRK berdegil mengambil tindakan yang berbahaya seumpama itu, maka negara itu akan dikenakan sekatan hebat daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan PBB. Pihaknya juga akan mengambil lebih banyak tindakan balas, meningkatkan pencegahan bersama dengan AS bagi menjamin keselamatan negara.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga semalam menyatakan bahawa tindakan provokasi yang berulang dari DPRK tidak boleh dibiarkan lagi oleh Jepun, pihaknyat telah mengeluarkan bantahan keras terhadap DPRK. Kerjaan Jepun semalam juga mengadakan mesyuarat keselamatan negara untuk membincangkan ujian pelancaran peluru berpandu DPRK tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China