Cari:
352 Penduduk Awam Terbunuh dalam Operasi AS di Iraq dan Syria
2017-05-01 11:16:34 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 352 orang penduduk awam terbunuh dalam operasi membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) yang dilancarkan tentera AS sejak tahun 2014.

Demikian dinyatakan dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon AS semalam.

Menurut laporan itu, dalam tempoh bulan Ogos 2014 hingga Mac tahun ini, pakatan antarabangsa yang diketuai AS telah melancarkan lebih 20 ribu serangan udara terhadap Iraq dan Syria, dan menyebabkan sekurang-kurangnya 352 orang penduduk awam terkorban. 45 orang antara mereka terbunuh akibat serangan udara yang dilancarkan pada November tahun lepas hingga bulan Mac tahun ini.

Laporan itu turut menyebut bahawa pakatan antarabangsa masih menjalankan siasatan terhadap 42 operasi ketenteraan yang disyaki menyebabkan pengorbanan penduduk awam. Ini termasuk serangan udara yang dilancarkan terhadap Mosul, Iraq pada 17 Mac lalu. Menurut saksi dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, serangan itu mungkin menyebabkan kira-kira 200 penduduk awam terbunuh.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China