Cari:
AS Sahkan THAAD di Korea Selatan Sedia Beroperasi
2017-05-02 15:33:11 CRI Cetak

Tentera AS di Korea Selatan hari ini mengesahkan bahawa sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) yang ditempatkan di Korea Selatan telah mempunyai kemampuan untuk memintas peluru berpandu.

Jurucakap Tentera AS di Korea Selatan dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa sistem THAAD telah berada dalam keadaan "boleh beroperasi" dan mampu memintas peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Penempatan THAAD oleh AS di Korea Selatan terus menimbulkan bantahan keras masyarakat tempatan.

Penduduk Korea Selatan mengadakan perhimpunan nyalaan lilin di Dataran Gwanghwamun, Seoul pada malam Sabtu lalu bagi membantah penempatan THAAD, dan menuntut supaya sistem tersebut diundurkan dari Korea Selatan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China