Cari:
AS, Rusia Bincang Isu Syria
2017-05-03 15:30:23 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin menerusi telefon semalam.

Ini merupakan panggilan telefon yang ketiga sejak Trump menjadi Presiden AS, dan panggilan telefon yang pertama antara kedua-dua pihak sejak AS melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan Syria.

Menurut kenyataan Rumah Putih semalam, Trump dan Putin telah mengadakan perbincangan mengenai isu Syria.

Trump dan Putin masing-masing menyuarakan hasrat melaksanakan gencatan senjata di Syria.

Selain itu, penubuhan zon selamat untuk pelarian juga dibincangkan bagi meredakan krisis kemanusiaan Syria.

Pihak AS akan menghantar seorang wakil untuk menghadiri mesyuarat isu Syria ke-4 yang akan diadakan di Astana, Kazakhstan pada 3 hingga 4 Mei ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China