Cari:
Jepun Peringati Ulang Tahun ke-70 Perlembagaan Damai
2017-05-04 15:10:56 CRI Cetak

Berpuluh-puluh ribu penduduk Jepun mengadakan perhimpunan di Tokyo semalam bagi memperingati ulang tahun ke-70 Perlembagaan Damai, serta membantah tindakan kerajaan Shinzo Abe meminda Perlembagaan itu.

Menurut pihak penganjur, perhimpunan itu telah disertai lebih 55 ribu warga Jepun, antaranya termasuklah wakil parti pembangkang, sarjana, peguam dan orang awam.

Wakil Parti Demokratik Jepun, Renho Murata berkata Perlembagaan adalah milik rakyat.

Sama ada Perlembagaan perlu dipinda atau tidak, perkara tersebut harus ditentukan oleh rakyat.

Tindakan kerajaan Shinzo Abe telah mengancam tiga prinsip asas Perlembagaan, termasuk menjunjung kedamaian dan menghormati hak asasi manusia. 

Semasa berucap dalam mesyuarat yang dihadiri wakil pelbagai parti baru-baru ini, Shinzo Abe telah menyatakan hasrat beliau untuk "mengambil tindakan yang bersejarah dengan meminda Perlembagaan".

Namun, tindakan Shinzo Abe itu mendapat bantahan masyarakat tempatan, malah menyebabkan banyak percanggahan pendapat antara pelbagai parti.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China