Cari:
ADB Sedia Sertai Kerjasama B&R
2017-05-05 15:50:22 CRI Cetak

Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao berkata bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) adalah saranan yang bijak, di samping menyuarakan kesediaan pihaknya untuk giat menyertai pelaksanaan inisiatif tersebut.

Dalam sidang akhbar sempena sidang tahunan ke-50 ADB di Yokohama, Jepun semalam, Nakao berkata inisiatif B&R menggabungkan benua Asia dan Eropah, malah kawasan yang lebih luas.

Pembinaan infrastuktur akan menjana kemakmuran ekonomi serantau dan ADB bersedia untuk bekerjasama dengan China serta aktif mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk memperkasakan kerjasama antara ADB dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Menurut beliau, kerjasama yang terjalin antara ADB dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dalam bidang pembinaan infrastuktur adalah saling melengkapi dan dapat menggalakkan pembinaan infrastuktur dan pembangunan ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China