Cari:
AS Lulus RUU Peruntukan Bernilai USD1.1 Trilion
2017-05-05 13:41:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Senat Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan rang undang-undang peruntukan (RUU) yang bernilai USD1.1 trilion, iaitu bersamaan kira-kira RM4.76 trilion pada 4 Mei lalu.

Rang undang-undang itu dapat menyokong operasi kerajaan persekutuan AS sehingga 30 September depan, iaitu pada akhir tahun fiskal 2017.

Pada hari yang sama, RUU tersebut telah diluluskan dengan 79 undi menyokong, manakala 18 lagi menentang.

Dewan Perwakilan telah pun meluluskan RUU itu pada 3 Mei lalu, yang bermaksud rang undang-undang tersebut akan berkuat kuasa selepas ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump.

Menurut rang undang-undang berkenaan, peruntukan tambahan bagi ketenteraan mencatat USD15 bilion (kira-kira RM64.9 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China