Cari:
Ismail Haniyeh Dipilih Pemimpin Hamas
2017-05-07 17:31:01 CRI Cetak

Jurucakap pergerakan Hamas di Genting Gaza dalam kenyataan semalam mengesahkan Ismail Haniyeh dipilih sebagai pemimpin tertinggi Hamas.

Menurut kenyataan itu, walaupun berdepan banyak kesukaran, Hamas masih mengadakan pemilihan dalaman dengan teratur tepat pada masanya.

Pemimpin-pemimpin Hamas yang masing-masing menyertai mesyuarat di Doha, ibu negara Qatar dan Genting Gaza menerusi sistem video jauh, memilih Haniyeh sebagai pemimpin baharu Hamas, menggantikan Khaled Meshaal, yang mengetuai pergerakan itu sejak sekian lama.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyebut lokasi pejabat Haniyeh di Genting Gaza atau Doha.

Pergerakan Hamas yang ditubuhkan pada 1987, menumpukan untuk menghapuskan Israel melalui tindakan ganas. Oleh sebab itu, Israel, Kesatuan Eropah dan AS melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China