Cari:
29 Pemimpin Negara Asing Sahkan Kehadiran
2017-05-12 14:38:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebanyak 29 pemimpin negara asing dan tiga wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan kehadiran di Sidang Kemuncak Meja Bulat Pemimpin bagi mesyuarat peringkat tinggi Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang bakal diadakan di Beijing pada 15 Mei ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang memaklumkan demikian dalam sidang media di Beijing pada 11 Mei lalu.

Geng berkata, forum B&R kali ini turut menarik lebih 1,500 tetamu dari dalam dan luar negara, antaranya termasuk lebih 850 tetamu daripada lebih 70 pertubuhan antarabangsa dari lebih 130 negara.

Pada masa yang sama, lebih 4,000 wartawan dari seluruh dunia telah mendaftar untuk membuat liputan forum tersebut.

Menurut beliau, tiga sesi utama bagi forum kali ini merangkumi, majlis perasmian, sidang kemuncak meja bulat dan mesyuarat peringkat tinggi.

Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian forum B&R yang bakal diadakan pada pagi 14 Mei.

Mesyuarat peringkat tinggi akan diadakan selepas majlis perasmian.

Selain itu, enam mesyuarat tema turut diadakan pada sebelah petang hari tersebut.

Presiden Xi akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Meja Bulat pada 15 Mei ini.

Dalam sidang media selepas sidang kemuncak itu, Xi akan merumuskan hasil-hasil utama yang bakal dicapai dalam sidang kali ini.

Tambah Geng lagi, satu kenyataan bersama yang bakal dikeluarkan oleh negara-negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Meja Bulat kali ini akan menunjukkan persepakatan pelbagai pihak yang terlibat dalam pembinaan bersama B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China