Cari:
Edouard Philippe Dilantik PM Baharu Perancis
2017-05-16 14:31:08 CRI Cetak

Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron melantik Edouard Philippe sebagai Perdana Menteri negara itu.

Edouard Philippe dilahirkan di bandar Rouen, utara Perancis pada tahun 1970 dan pernah mengikuti pengajian di Sciences Po Paris dan Ecole nationale d'administration (ENA).

Menurut media Perancis, Emmanuel Macron melantik Edouard Philippe daripada Parti Republikan, parti sayap kanan sebagai perdana menteri yang baharu untuk menunjukkan "perpaduan dan keterbukaan" serta mahu "memecahkan" parti tersebut, di samping mewujudkan persekitaran yang baik untuk pergerakan parti berhaluan tengah baharunya, Republic on the Move (REM) dalam pemilihan Parlimen pada bulan Jun nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China