Cari:
Cadangan Baharu EU tentang Sistem Maklumat Keselamatan, Sempadan dan Kawalan Imigran
2017-05-17 14:43:49 CRI Cetak

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) semalam membentangkan laporan mengimbau kembali kemajuan yang telah dicapai dalam mengemas kini kawalan sempadan dan maklumat keselamatan, di samping mengemukakan cadangan baharu untuk melaksanakan saling kendali dalam sistem maklumat keselamatan, sempadan dan kawalan imigran menjelang tahun 2020.

Cadangan baharu tersebut merangkumi tiga aspek, iaitu pertama, mewujudkan carian maklumat serentak; kedua, berkongsi data biometrik; dan ketiga, membina bank data individu.

Sementara itu, laporan tersebut juga mengemukakan cadangan untuk mengatasi kelemahan dalam tiga sektor utama sistem maklumat sempadan dan keselamatan.

Cadangan tersebut akan dibincangkan oleh pihaknya dengan Parlimen Eropah dan Majlis EU agar persepakatan dapat dicapai menjelang penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China