Cari:
China akan Gunakan Kaedah Pemanasan Lebih Bersih
2017-05-19 15:08:29 CRI Cetak

Jabatan Tenaga Negara China sedang bekerjasama dengan pelbagai jabatan berkenaan untuk menyusun pelan pemanasan bersih pada musim sejuk di kawasan utara yang mengutamakan penggunaan tenaga bersih, seperti gas asli, elektrik, geotermal, biomass, tenaga suria, sisa pemanasan dari industri serta arang batu yang bersih.

Demikian dinyatakan pegawai Biro Tenaga Elektrik Jabatan Tenaga Negara, Guo Wei dalam Sidang Kemuncak Pemanasan Bersih China 2017 yang diadakan di Beijing semalam.

Menurut beliau, pelan tersebut akan menetapkan jaminan dalam pelbagai bidang, termasuk sokongan dana, mekanisme harga, perniagaan langsung tenaga elektrik, jaminan bekalan tenaga, pembaharuan sistem, penyeliaan perlindungan alam sekitar, pembangunan teknologi, kemudahan dan sistem perindustrian.

Pelan itu juga akan menjelaskan tugas dan misi negara, kerajaan tempatan dan syarikat dalam usaha menggalakkan pemanasan bersih, meningkatkan kecekapan sistem jaringan pemanasan dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Selain itu, untuk menyelesaikan isu pemanasan yang bergantung kepada pembakaran arang batu di kawasan desa, pelan itu juga telah mengemukakan peraturan dan langkah-langkah yang khas.

Kini, draf pelan itu telah siap dan sedang mengumpulkan pandangan umum bagi diperkenalkan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China