Cari:
30% Warga AS Hadapi Masalah Kewangan
2017-05-22 16:02:32 CRI Cetak

Laporan yang dikemukakan oleh Rizab Persekutuan AS (FED) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 30% responden mengalami masalah kewangan, manakala kira-kira 44% golongan dewasa menyatakan mereka tidak mampu atau perlu menggunakan pinjaman kredit bagi membayar perbelanjaan sebanyak USD400 dolar ketika kecemasan.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa kira-kira 70% responden menyatakan mereka hidup dengan selesa.

Oleh yang demikian, FED berpendapat bahawa sebilangan besar golongan dewasa menghadapi kesukaran untuk membiayai kos sara hidup, dan tidak mampu membiayai bayaran yang berlaku di luar dugaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China