Cari:
Asia Tenggara, Asia Timur Laut Kerjasama Rapat dalam B&R
2017-05-24 15:58:07 CRI Cetak

Satu laporan kaji selidik mengenai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikeluarkan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Bursa Saham Shanghai (SSE), China semalam menunjukkan, kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur Laut dalam inisiatif tersebut amat rapat.

Kaji selidik oleh ACCA dan SSE itu, yang bertujuan untuk mengkaji pengaruh pembangunan B&R terhadap negara-negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut, dirancang selesai pada tahun depan, dan laporan tersebut adalah hasil kaji selidik pada fasa pertama.

ACCA dan SSE akan mewujudkan "indeks potensi kerjasama" selepas membuat penilaian komprehensif terhadap tahap kerjasama dan indeks risiko 65 buah negara dan wilayah yang terlibat dalam B&R.

Menurut laporan tersebut, Singapura, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Poland, Czech, Qatar, Hungary, Thailand, Vietnam dan Rusia menduduki 10 tempat terdepan dalam senarai berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China