Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengemukakan usul kepada Parlimen supaya perintah darurat di negara itu, yang dijadualkan tamat pada 15 Julai, dilanjutkan hingga 1 November tahun ini, dua hari selepas serangan keganasan berlaku di Manchester, Britain.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden Perancis, Macron membuat keputusan itu ketika menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara semalam.
Macron juga meminta kerajaan mengemukakan cadangan pelan tindakan untuk menghadapi ancaman serangan keganasan selepas perintah darurat berakhir, sebagai persiapan bagi kerajaan Perancis memperkenalkan Akta Antikeganasan baharu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.








