Cari:
PBB Gesa Banteras Propaganda Kumpulan Pengganas
2017-05-25 16:05:19 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB semalam meluluskan resolusi, yang menggesa dunia bergabung tenaga untuk membanteras kegiatan menyebarkan fahaman keganasan.

Menurut resolusi itu, anggota pengganas menyalahgunakan dan mengubah tafsiran terhadap ajaran agama bagi tujuan merekrut penyokong dan memproleh dana. Mereka didapati berbuat demikian melalui internet dan media sosial.

Oleh itu, pelbagai negara perlu menjalankan usaha berkesan bagi membanteras kegiatan kumpulan pengganas Negara Islam (IS)dan Al-Qaeda di lingkungan sejagat.

Resolusi itu juga menyebut, usaha membanteras propaganda keganasan bukan sekadar membidas maklumat keganasan sahaja, tetapi juga perlu menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan memberikan perhatian kepada golongan mudah terjejas yang sentiasa menjadi sasaran dalam kegiatan propaganda kumpulan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China