Cari:
China Giat Bina Tiga Kumpulan Lapangan Terbang Peringkat Dunia
2017-05-26 15:55:34 CRI Cetak

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC), Feng Zhenglin menyatakan, jabatan itu akan terus menggalakkan pembaharuan struktur dan berusaha membina tiga kumpulan lapangan terbang peringkat dunia, yang masing-masing terletak di kawasan Beijing-Tianjin-Hebei, kawasan Delta Sungai Yangtze dan kawasan Delta Sungai Mutiara.

Feng menyatakan demikian dalam Forum Pembangunan Penerbangan Awam China semalam. Katanya, ketiga-tiga kawasan tersebut paling dinamik pertumbuhan ekonominya, paling tinggi tahap keterbukaannya dan paling kuat daya inovatifnya di China. Maka, terbentuklah tiga kumpulan lapangan terbang yang berukuran raksasa yang selaras dengan keadaan itu . Ketiga-tiga kumpulan lapangan terbang tersebut dilaporkan menghantar 473 juta penumbang, iaitu 46.5 peratus dari keseluruhan, dan mengangkut kargo sebanyak 14.69 juta tan, iaitu 74.7 peratus dari keseluruhan di China pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China