Cari:
Kapal Nelayan Korea Selatan Tidak Dirampas Lanun
2017-05-28 15:23:19 CRI Cetak

Pertubuhan bukan kerajaan, Oceans Beyond Piracy (OBP) berkata, pihaknya telah berjaya menghubungi kapal nelayan Korea Selatan yang dilaporkan hilang di perairan Somalia pagi semalam, dan mengesahkan kapal itu tidak dirampas oleh lanun. Semua anak kapal selamat.

Penyelaras OBP di Afrika, John Steed semalam di Nairobi memberitahu wartawan menerusi telefon bahawa terdapat 3 orang warga Korea Selatan dan 18 orang warga Indonesia berada di kapal itu, dan semuanya selamat.

Sementara itu, OBP mengingatkan kapal-kapal yang belayar melalui perairan Somalia supaya berhati-hati kerana kegiatan lanun masih berleluasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China