Cari:
Banduan Palestin di Israel Henti Mogok Lapar
2017-05-28 15:10:21 CRI Cetak

Beratus-ratus rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel menghentikan mogok lapar selepas mencapai perjanjian dengan pihak Israel.

Perkara itu diumumkan oleh pegawai Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), Jammal semalam.

Mogok lapar yang berlangsung selama 40 hari itu disertai kira-kira 1,100 banduan, bagi membantah kemudahan yang terdapat di penjara Israel.

Jammal memetik Suruhanjaya Pemogokan Kebangsaan Palestin sebagai berkata, banduan Palestin berjaya menggagalkan komplot dan penindasan Israel hingga memaksa kerajaan Israel mengadakan rundingan dengan pemimpin tinggi Fatah. Mogok lapar menyebabkan kerajaan Israel menyedari bahawa orang Palestin tidak akan tunduk kepada kekerasan, sebalik menjadikan keazaman mereka lebih teguh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China