Cari:
PM China Lawat Jerman, Belgium
2017-05-28 15:31:06 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke Jerman dan Belgium pada 31 Mei hingga 2 Jun ini.

Lawatan tersebut atas undangan Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Belgium, Charles Michel.

Demikian diumumkan Naib Menteri Luar China, Wang Chao dalam taklimat media, di Beijing semalam.

Menurut beliau, PM Li juga dijadualkan menghadiri siri aktiviti di Brussels termasuk Pertemuan Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) Ke-19, sidang kemuncak perniagaan China-EU dan dialog China-EU mengenai kerjasama inovasi.

Sebagai sebahagian penting dalam pertukaran lawatan peringkat tinggi China-EU, lawatan tersebut dianggap amat bermakna bagi memperkukuh rasa saling mempercayai strategik dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak.

China berharap lawatan ini dapat memberi kedinamikan baharu kepada perkongsian strategik dan ikatan persahabatan China-Jerman, China-EU dan China-Belgium, di samping mengeluarkan isyarat positif bahawa kerjasama yang menang-menang amat diutamakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China