Cari:
Perasmian Kereta Api Mombasa-Nairobi Bukti Keutuhan Kerjasama China-Kenya
2017-06-01 14:18:20 CRI Cetak

Landasan kereta api antara pelabuhan terbesar Kenya, Mombasa dengan ibu negaranya Nairobi telah dirasmikan semalam. Landasan tersebut dibina oleh syarikat China.

Naib Menteri Luar China, Zhang Ming berkata di Mombasa bahawa perasmian landasan kereta api Mombasa-Nairobi membuktikan keutuhan kerjasama antara China dengan Kenya. Menurut beliau, hasil kerjasama pembangun dari kedua-dua negara, landasan kereta api tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun setengah sahaja.

Perkara tersebut jelas memperlihatkan kepantasan, kualiti, cadangan dan semangat China, di samping merupakan pencapaian awal yang penting dalam 10 rancangan kerjasama China-Afrika yang dikemukakan dalam Sidang Kemuncak Johnnesburg Forum Kerjasama China-Afrika.

Projek tersebut amat signifikan bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi Kenya dan pelbagai kawasan di rantau tersebut, selain mendorong kesalinghubungan di Afrika Timur dan mempercepat proses perindustrian di Afrika.

Zhang Ming berharap kedua-dua negara dapat terus bekerjasama bagi menggalakkan pembangunan berterusan di koridor ekonomi sepanjang landasan kereta api tersebut, bersama-sama membangunkan landasan kereta api Mombasa-Nairobi, Pelabuhan Mombasa serta Zon Ekonomi Khas Mombasa, sekali gus menjadikannya contoh kejayaan bagi kerjasama China-Kenya dan China-Afrika serta membawa manfaat kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China