Cari:
China Fokus Keselamatan Rantau Asia-Pasifik dalam SLD Singapura
2017-06-03 15:05:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China berpegang teguh kepada panduan membangun secara damai. Baik negara maju atau negara kuasa besar, mahupun negara membangun, semua negara di dunia adalah sama rata dan harus hidup bersama secara damai demi kesemalatan rantau Asia-Pasifik.

Ketua delegasi perwakilan China, He Lei yang mengetuai delegasinya menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-16 yang telah diadakan di Singapura pada 2 Jun lalu menyatakan demikian ketika diwawancara pada malam hari itu.

He Lei yang juga sebagai Naib Presiden Akademi Sians Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) China berkata, China mementingkan dan mematuhi peraturan antarabangsa.

Peraturan antarabangsa dianggap patut mencerminkan konsensus pelbagai negara terlibat, dan tidak boleh ditafsirkan dan diputuskan secara sepihak oleh sebahagian negara. Manakala, peraturan rantau juga perlu menunjukkan kepentingan dan nilai bersama.

Sebagai contoh, Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) merupakan konsensus yang dicapai antara China dan negara-negara ASEAN.

Tambah beliau lagi, China sentiasa mengambil kira dan melibatkan diri dalam dialog keselamatan pertahanan multilateral Asia-Pasifik, termasuklah SLD yang sudah pun menyaksikan kehadiran delegasi kanan dari China 11 tahun berturut-turut sejak 2007.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China