Cari:
China Bantah Kenyataan AS dan Jepun
2017-06-05 14:18:58 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying membantah sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis

dan Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada dalam Dialog Shangri-La semalam.

Hua Chunying berkata, China mempunyai kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya.

China sentiasa berpegang teguh kepada prinsip menyelesaikan perselisihan melalui rundingan dengan negara-negara yang langsung terlibat secara damai, serta bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Menurut beliau, terdapat perselisihan antara China dengan Jepun tentang kedaulatan Pulau Diaoyu dan sempadan laut yang berkaitan.

Pulau Diaoyu adalah wilayah China sejak zaman purba.

Rondaan kapal kerajaan China di kawasan perairan berkenaan adalah sah dan China bertekad untuk terus memelihara kedaulatan negara.

Hak terhadap kawasan perairan tersebut tidak akan berubah.

China turut menggesa kerajaan Jepun memainkan peranan yang membina bagi menjernihkan semula hubungan China-Jepun dan memelihara kedamaian serantau.

Tambah beliau lagi, China menuntut AS mematuhi prinsip Satu China dan Tiga Kenyataan Bersama China-AS serta menghentikan kegiatan menjual senjata kepada Taiwan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China