Cari:
Bacaan IPU PM2.5 Turun di 74 Bandar China
2017-06-06 15:44:08 CRI Cetak

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan, kualiti udara di kebanyakan bandar di negara ini semakin baik.

Setelah pemantauan dijalankan, kualiti udara di 74 buah bandar pada tahun 2016 berada pada tahap baik dan sederhana, iaitu mencapai 74.2 peratus.

Peratusan tersebut naik 3 peratus berbanding tahun 2015.

Manakala, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) zarah halus pada 2.5 mikron (PM2.5) turun 9.1 peratus berbanding tahun 2015.

Demikian Laporan Alam Sekitar China yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar China 2016 semalam.

Selain itu, laporan tersebut juga memaklumkan bahawa keluasan kawasan hutan China telah mencecah 208 juta hektar, yang mewakili 21.63 peratus, manakala keluasan kawasan padang rumput lebih kurang 400 juta hektar, iaitu hampir 41.7 peratus daripada keluasan tanah negara ini.

Kini, China sudah membangunkan 446 kawasan perlindungan alam sekitar peringkat kebangsaan, yang meliputi 9.97 peratus daripada keluasan kawasan darat negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China