Cari:
Beberapa Negara Putuskan Hubungan Diplomatik dengan Qatar
2017-06-06 14:37:26 CRI Cetak

Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Maldives dan Yemen semalam mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong kegiatan keganasan dan menjejaskan situasi keselamatan serantau.

Tindakan tersebut telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Iran dan Kuwait menyeru pihak-pihak berkenaan agar bertenang dan menghindari perselisihan melalui rundingan.

Pasukan tentera pakatan yang dipimpin oleh Arab Saudi pula mengumumkan penamatan keanggotaan tentera Qatar dalam operasi pasukan tersebut.

Kementerian Luar Qatar menyatakan rasa kesal dan terkejut atas tindakan negara-negara tersebut.

Menurut kenyataan, Qatar merupakan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Pihaknya mematuhi piagam dan menghormati negara-negara lain serta tidak campur tangan dalam urusan negara lain. Selain itu, Qatar juga memikul tanggungjawab untuk menentang keganasan dan tindakan yang melampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China