Cari:
Kerajaan Campuram akan Ditubuhkan di Britain
2017-06-10 14:53:45 CRI Cetak

Pengiraan undi pilihan raya Britain telah seselai semalam. Keputusan terakhir menunjukkan bahawa Parti Konservatif gagal memperoleh lebih 50 peratus kerusi dalam Parlimen, maka tidak layak membentuk kabinet sepihak. Perdana Menteri, Theresa May mengumumkan kerajaan campuran akan ditubuhkan bersama oleh Parti Konservatif dan Parti Demokratik Bersatu (UDP).

May juga berjanji kerajaan campuran tersebut akan "menstabilkan Britain" sebelum rundingan "keluar daripada EU" (Brexit) dan memimpin negara itu terus berkembang.

Parti UDP merupakan parti terbesar di Ireland Utara dan ada hubungan rapat dengan Parti Konservatif. Parti itu berpendirian bahawa Ireland Utara patut berada dalam United Kingdom dan pernah mententang Brexit.

    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China