Cari:
8 Lagi Suspek Pengganas Ditahan Iran
2017-06-11 15:38:06 CRI Cetak

Sebanyak 8 suspek pengganas yang disyaki terlibat dalam serangan di Tehran telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran semalam. Sebelum itu, hampir 50 suspek pengganas telah ditahan dalam 48 jam selapas serangan ganas tersebut berlaku.

Demikian dikatakan pegawai jabatan kehakiman provinsi Alborz Iran, Ahmad Fazelian pada 10 Jun lalu.

Ahmad berkata, 8 orang itu ditahan kerana memberi bantuan kepada pengganas dalam serangan di Wisma Parlimen dan Makam Imam Khomeini. Antaranya 7 orang ditahan di bandar Fardis, dan seorang lagi ditahan di Karaj, ibu kota provinsi Alborz.

Setakat ini, ada 17 orang terkorban dan lebih 50 lagi cedera dalam kejadian serangan keganasan yang berlaku di Tehran pada 7 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China