Cari:
China, Negara Eropah Tengah dan Timur Meterai Projek Pelancongan
2017-06-14 14:40:35 CRI Cetak

China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur memeterai kira-kira 26 projek pelancongan bernilai hampir RMB80 bilion (RM50 bilion), dalam satu persidangan kerjasama pelancongan yang diadakan di Ningbo, provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Pada empat bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong dari Zhejiang ke negara-negara Eropah meningkat 15.2% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Zhejiang kaya dengan sumber pelancongan. Naib Gabenor Provinsi Zhejiang, Liang Liming menyatakan bahawa pihaknya berharap negara-negara Eropah Tengah dan Timur terus menawarkan kemudahan kepada warga mereka untuk melancong dan melabur ke Zhejiang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China