Cari:
Rusia: Pemimpin IS Mungkin Terbunuh
2017-06-17 15:35:41 CRI Cetak

Pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi mungkin terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Rusia pada hujung Mei lalu.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, tentera udara Rusia telah melancarkan serangan udara terhadap kubu IS di selatan Ar Raqqah pada 28 Mei lalu, ketika anggota kanan IS sedang bermesyuarat untuk membincangkan laluan berundur dari kota tersebut.

Kira-kira 330 anggota IS dipercayai terbunuh dalam serangan tersebut. Sumber maklumat berkenaan menunjukkan bahawa Abu Bakr al-Baghdadi yang menghadiri mesyuarat itu juga terbunuh.

Kementerian Pertahanan Rusia sedang cuba mendapatkan pengesahan sama ada pemimpin kumpulan militan itu terbunuh. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China