Cari:
Panama Galak Kerjasama dengan China
2017-06-18 14:28:55 CRI Cetak

Panama sedang mengatur penubuhan Kedutaan Besar di China serta pelantikan Duta Besar. Agenda yang sempurna telah pun ditetapkan bagi menggalakkan kerjasama setelah terjalinnya hubungan diplomatik dengan China.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Luar Panama, Luis Miguel Hincapie, dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua kelmarin.

Menurut beliau, penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara merupakan keputusan strategik dan signifikan dari segi geopolitik yang dibuat pada waktu tepat. Hal ini akan membawa peluang besar kepada kedua-dua pihak.

Beliau berkata, China merupakan entiti ekonomi besar dan juga pengguna kedua terbesar Terusan Panama. Penjalinan hubungan diplomatik dijangka menarik lebih banyak syarikat China melabur ke Panama, sekali gus merancakkan sektor pelancongan di negara berkenaan.

China dan Panama memeterai kenyataan bersama mengenai penjalinan hubungan diplomatik pada 13 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China