Cari:
Pusingan Baharu Rundingan Damai Isu Syria Dilancar 10 Julai
2017-06-18 15:38:26 CRI Cetak

Utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura semalam mengumumkan pihaknya merancang melancarkan pusingan baharu rundingan damai isu Syria di Geneva pada 10 Julai nanti.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, jemputan akan dikeluarkan mengikut resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB. Rundingan berkenaan akan terus memfokuskan penubuhan kerajaan perpaduan kebangsaan, pindaan perlembagaan, pilihan raya dan antikeganasan.

Tambah beliau, selain rundingan damai rasmi, mekanisme mesyuarat panel pakar yang diwujudkan dalam rundingan pusingan lalu akan diteruskan. Hal ini akan membantu menghapuskan perselisihan antara pelbagai pihak dan meletakkan asas untuk penyelesaian isu Syria melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China