Cari:
AIIB Mampu Capai Sasaran
2017-06-18 15:40:34 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) mampu mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AIIB, Jin Liqun dalam sidang media sempena sidang tahunan Lembaga Gabenor AIIB di Jeju, Korea Selatan.

Kata beliau, AIIB telah meluluskan 16 projek pelaburan yang bernilai USD2.57 bilion di sembilan buah negara. Antaranya projek pelaburan bernilai USD770 juta bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Tambah beliau lagi, AIIB akan menilai pelbagai projek pelaburan dengan teliti bagi memastikan projek-projek berkenaan adalah berkualiti dan konsisten, serta mampu memacu pembangunan sosioekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China