Cari:
Veteran PBB, Menteri Luar Wanita Pertama Korea Selatan
2017-06-19 10:55:24 CRI Cetak

Seorang veteran kanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kang Kyung-wha, telah dilantik sebagai Menteri Luar wanita pertama di Korea Selatan oleh Presiden Moon Jae-in semalam.

Kang Kyung-wha, dilahirkan pada 1955, dulu berkhidmat sebagai Penasihat Polisi Kanan kepada Setiausaha Agung PBB, Penolong Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan di PBB dan juga Penolong Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia.

Sebelum menyertai PBB, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan Korea Selatan.

Bagaimanapun, perlantikan Kang Kyung-wha mendapat tentangan daripada wakil parti pembangkang di parlimen yang mendakwa bahawa beliau mempunyai rekod hitam, termasuk memalsukan alamat kediamannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China