Cari:
China Sekali Lagi Capai Sasaran 12 Juta Kerja Baharu Setahun
2017-06-19 15:28:15 CRI Cetak

Menurut statistik terkini Kementerian Sumber Tenaga dan Kebajikan Sosial China, setakat penghujung lepas, jumlah guna tenaga di seluruh negara ini mencatat lebih 770 juta, iaitu bertambah 1.52 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pada tahun lepas, lebih 13.14 juta kerja baharu dicipta di pekan dan bandar, iaitu melebihi sasaran tahunan yang dirancangkan untuk tahun kelima berturut-turut.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kadar pengangguran di bandar kekal kurang daripada 4.1%. Tahun lepas menyaksikan angka tersebut turun kepada 4.02%, iaitu paras paling rendah sejak krisis kewangan antarabangsa pada 2008.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China