Cari:
Tentera Kerajaan Iraq Serang Kubu Daesh di Mosul
2017-06-19 16:02:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera kerajaan Iraq telah melancarkan serangan terhadap kubu terakhir kumpulan militan Daesh di Mosul, bandar kedua terbesar negara itu, pada 18 Jun lalu.

Abdul-Amir Yarallah, jurucakap Operasi Bersama Tentera Iraq dalam satu kenyataan pada hari itu menyatakan bahawa kontinjen kerajaan termasuk pasukan antikeganasan dan polis persekutuan telah melancarkan serangan kritikal terhadap daerah lama di barat Mosul yang di bawah kawalan saki-baki Daesh.

Pintu masuk ke daerah tersebut kini telah dibebaskan oleh tentera kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China