Cari:
Airbus Rancang Tubuh Pusat Inovasi di Shenzhen
2017-06-20 14:45:55 CRI Cetak

Syarikat pengeluar pesawat, Airbus merancang menubuhkan pusat inovasi di Shenzhen menjelang penghujung tahun ini dalam rancangannya untuk meneroka sektor inovasi menerusi usaha sama dengan beberapa syarikat baharu China.

Demikian dinyatakan Presiden Syarikat Airbus China, Chen Juming ketika menghadiri Pertunjukan Udara Paris ke-52 yang dirasmikan semalam.

Shenzhen dipilih sebagai tapak pusat inovasi itu memandangkan kebangkitan bandar tersebut dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Terdapat lebih 200 buah syarikat permulaan di seluruh dunia yang perkembangannya diperhatikan oleh Airbus, antaranya termasuk banyak syarikat China.

Kebelakangan ini, syarikat China telah mencapai kejayaan yang amat mengagumkan dalam pembangunan teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV), internet, e-dagang serta sistem basikal dan kereta mudah sewa. Bahkan, semakin banyak syarikat China berani meneroka bidang baharu.

Pada masa ini, Airbus mempunyai beberapa pangkalan penyelidikan utama yang masing-masing ditubuhkan di Toulouse Perancis, Hamburg dan Munich Jerman dan Filton Britain, dengan sebuah pusat inovasi di Silicon Valley Amerika Syarikat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China