Cari:
China, Jordan Ikrar Intensifkan Perkongsian Strategik
2017-06-23 14:28:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perkembangan hubungan bilateral antara Jordan dengan China telah mencapai hasil yang memuaskan sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada perkongsian strategik.

Jordan sentiasa meyokong dasar 'Satu China', dan mahu memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembinaan prasarana, selain meningkatkan koordinasi dalam isu keselamatan dan antikeganasan.

Demikian dititahkan oleh Raja Jordan, Abdullah II Bin Al-Hussein ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Jordan di Amman pada 22 Jun lalu.

Wang Yi berkata, lawatan beliau ke Jordan kali ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian strategik dua hala dilaksanakan secara pragmatik.

China juga tetap menyokong dan menyanjung usaha Jordan untuk memelihara kestabilan serta memperdalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pembangunan negaranya.

Walaupun situasi di rantau Asia Barat dan Afrika Utara bergolak pada beberapa tahun kebelakangan ini, namun Jordan mampu mengekalkan keselamatan dan kestabilan dalamannya di bawah pimpinan Raja Abdullah. Ramai pelarian dari Syria juga diterima oleh Jordan, yang memainkan peranan membina demi ketenteraman serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China