Cari:
Peti Sejuk Jadi Punca Kebakaran Grenfell, London
2017-06-24 15:45:22 CRI Cetak

Menurut pihak polis Britain semalam, kebakaran menara kediaman Grenfell di London diakibatkan satu peti sejuk yang terbakar dalam satu rumah di tingkat ke-4. Sementara itu, bahan pembinaan pada tembok luaran apartmen itu didakwa tidak lulus dalam ujian keselamatan.

Punca kebakaran tersebut sudah dikenalpasti bukan kelakuan manusia, melainkan satu peti sejuk yang berjenama 'hot point' milik Whirlpool. Hasil ujian dilakukan agensi profesional menunjukkan bahawa bahan penebat yang digunakan pada tembok luaran apartmen ini tidak lulus dalam ujian keselamatan pencegahan kebakaran. Ini dianggap faktor utama menyebabkan kebakaran berkenaan menjalar cepat.

Setakat ini, 79 nyawa dilaporkan terkorban dalam insiden ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China