Cari:
Tuntutan Adil? Atau Sekatan bagi Hak Kedaulatan Qatar
2017-06-24 16:45:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
13 tuntutan tentang penyelesaian krisis perputusan hubungan diplomatik yang dikemukakan oleh Arab Saudi, United Arab Emirates (UAE), Bahrain dan Mesir, iaitu empat negara yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu merupakan sekatan bagi hak kedaulatan Qatar.

Demikian dinyatakan oleh kerajaan Qatar yang katanya sedang membincangkan perincian dalam 13 tuntutan tersebut dan akan memberi respons yang bersesuaian.

Menurut Agensi Berita Qatar(QNA), Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Kerajaan Qatar, Sheikh Saif Bin Ahmed Al Thani menyatakan pendirian tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Saif dalam kenyataan itu berkata, pengepungan dan embargo yang dikenakan oleh keempat-empat negara tersebut tidak bertujuan untuk memerangi keganasan, melainkan campur tangan dalam diplomasi Qatar.

Arab Saudi dalam tuntutan tersebut mendesak Qatar memanggil balik diplomat-diplomat negaranya di Iran dan menghentikan segala kegiatan kerjasama ketenteraan dengan Iran.

Keempat-empat negara turut menuntut Qatar menutup Stesen Televisyen Al Jazeera dan semua saluran di bawahnya.

Selain itu, Qatar juga digesa menghentikan pembinaan pangkalan ketenteraan Turki di negaranya, di samping memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas termasuk Daesh dan Al-Qaeda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China