Cari:
Erdogan: Syarat Pemulihan Hubungan Diplomatik Bercanggahan Undang-undang Antarabangsa
2017-06-26 15:26:54 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik 13 syarat bagi pemulihan hubungan diplomatik dengan Qatar adalah bercanggahan dengan undang-undang antarabangsa.

Ketika mengulas syarat mahu Qatar menghentikan pembinaan pangkalan tentera Turki di negara itu, Erdogan berkata, "patutkah kami mendapat keizinkan negara lain apabila Turki menjalin perjanjian kerjasama pertahanan dengan sesebuah negara?"

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu, dengan alasan Qatar "menyokong pengganasan " dan "menjejaskan keamanan serantau".

Baru-baru ini, 4 negara terbabit mengemukakan 13 syarat bagi pemulihan hubungan diplomatik kepada Qatar dan mahu negara itu mempersetujui syarat itu dalam 10 hari. Antaranya, memanggil balik diplomat Qatar di Iran; menghentikan semua kerjasama ketenteraan dengan Iran; menutup TV Al Jazeera dan semua salurannya; menghentikan pembinaan pangkalan tentera Turki di Qatar, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China