Cari:
China Gesa Korea Selatan dan DPRK Berikan Isyarat Positif
2017-06-28 12:19:15 CRI Cetak

China menggesa Korea Selatan dan Republik Rakyat Demokraik Korea (DPRK) masing-masing memberikan isyarat positif bagi menyumbang kepada meredakan ketegangan situasi Semenanjung Korea dan memulihkan dialog.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Korea Selatan bersetuju untuk meluluskan permohonan Tabung Eugene Bell untuk menghantar ubat-ubatan dan bahan binaan hospital yang bernilai USD1.7 juta melalui China ke DPRK pada bulan Julai.

Sehubungan dengan itu, Lu berkata, Korea Selatan dan DPRK memperbaiki hubungan dan menggalakan proses persefahaman sejajar dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan bermanfaat kepada keamanan dan pembangunan serantau. China komited menghulurkan bantuan sekiranya perlu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China