Cari:
Rusia Tetap Peta Garisan Selesaikan Isu Semenanjung Korea
2017-06-28 15:00:38 CRI Cetak

Naib Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov menyatakan, pihaknya telah menetapkan peta garisan bagi penyelesaian isu Semenanjung Korea sehingga mewujudkan kedamaian yang kekal di Asia Timur Laut.

Rusia akan bersama-sama negara-negara yang lain untuk melaksanakan pelan tersebut.

Menurutnya, pihak-pihak yang terbabit dalam isu tersebut perlu bersabar dan jangan saling provokasi sebaliknya mengadakan rundingan tentang prinsip asas. Sementara itu, masyarakat antarabangsa perlu memberikan jaminan keselamatan kepada Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) agar negara itu boleh membatalkan aktiviti nuklear dan peluru berpandu.

Tambah beliau lagi, dialog antara Amerika Syarikat (AS) dengan DPRK patut diadakan bagi menyelesaikan isu berkenaan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China