Cari:
Hamas Bina Zon Kawalan Ketenteraan di Sempadan Gaza-Mesir
2017-06-29 13:28:34 CRI Cetak

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) semalam mengumumkan penubuhan sebuah zon kawalan ketenteraan di sempadan Genting Gaza dengan Mesir.

Ketua jabatan keselamatan Genting Gaza, Tawfiq Abu N'iem menyatakan dalam pengumuman pada hari yang sama bahawa zon 100 meter lebar dan 12 kilometer panjang itu akan dibina di selatan Genting Gaza. Pondok kawalan akan dibina di sepanjang zon itu, dan sebarang individu atau kenderaan selain pasukan keselamatan dilarang masuk.

Menurut Tawfiq Abu N'iem, tindakan itu adalah demi pelaksanaan perjanjian yang tercapai dengan Mesir untuk meningkatkan kawalan sempadan, menghalang kegiatan penyeludupan dan meningkatkan keselamatan sempadan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China