Cari:
Yang Jiechi Temu Setiausaha Luar Filipina
2017-06-29 10:57:23 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ditemui Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano di Beijing semalam.

Yang berkata, dengan perhatian dan usaha bersama pemimpin China dan Filipina pada tahun lalu, hubungan antara kedua-dua negara dibaiki bahkan menampakkan perkembangan secara komprehensif dan mendalam.

Kedua-dua pihak perlu terus memperkukuh kesalingpercayaan politik dan memperkasakan perkongsian strategik, mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor serta mengekalkan koordinasi maritim yang baik.

Beliau menegaskan, China komited memberikan sokongan kepada Filipina sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini.

Cayetano pula berkata, pihaknya menghargai usaha China dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau, dan bersedia untuk menggalakkan hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China