Cari:
Pertemuan Pertama Trump dengan Putin
2017-06-30 16:05:09 CRI Cetak

Menurut White House, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan pertemuan pertama dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam tempoh sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Penasihat Keselamatan Negara AS, Herbert McMaster menyatakan bahawa hubungan antara AS dengan Rusia tidak berbeza dengan hubungan AS dengan negara lain. Trump akan berusaha untuk menyelesaikan masalah antara AS dengan Rusia dan meneroka sektor kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Manakala, Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov menyatakan bahawa pihaknya masih belum membuat persiapan untuk pertemuan antara Putin dengan Trump.

Sidang Kemuncak G20 akan diadakan di Hamburg, Jerman pada 7 hingga 8 Julai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China